Pages

Sunday, 8 June 2008

DAY 1 @Singapore

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, umur saya dipanjangkan lagi oleh Allah s.w.t setelah berada di Singapura selama 5 hari. Syukur Alhamdulillah juga sebab program yang dianjurkan oleh Institusi Usrah berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli dalam Dynamic Team Singapore terutama sekali abg cool kita, Izuan.

Day 1


Selamat sampai di Tanjung Pagar dalam pukul 7 pagi selepas 10 jam perjalanan menggunakan keretapi. Perjalanan yang agak kurang selesa sebab masa pergi tu, tiket kami adalah kerusi, so, bayangkanlah perjalanan 10 jam dengan tidur sambil duduk, huhu, penat jugakla. Kak Lissa, orang yang mengiringi kami sepanjang program ini sampai dan menjemput kami. Sempat juga buat interview untuk documentari kami.



Then, lepas tu, kami di bawa ke tempat penginapan wanita di Darul Takrim, Jamiyah Home For The Aged (kalau tak silap nama dia.. hehe) Sementara menunggu muslimat bersiap, kami sempat mendengar sedikit penerangan tentang rumah orang tua ni dari Abang Amid dan sempat juga berceloteh dengan orang-orang tua di situ.




Setelah itu, kami pun dibawa ke tempat penginapan lelaki di Teluk Kurau. Masya Allah, besar nye rumah! Itu yang dapat kami perkatakan. Pemilik rumah itu, seorang doktor sudi meminjamkan rumah nya untuk kami bermalam disitu. Besar sungguh rumah ni. Memang tak dapat diungkapkan melainkan hanya dengan menunjukkan gambar-gambar ini.


Depan rumah


Suasana dalam rumah


Dalam bilik

Selepas itu, kami dibawa ke Jamiyah Muslim Missionary Society Singapore Headquarters untuk satu majlis pembukaan program. Di situ, kami diberi sedikit penerangan tentang Jamiyah dan masing-masing juga memperkenalkan diri.



Sebaik sahaja majlis ini selesai, kami terus ke Darul Ma'wa, iaitu Jamiyah Children's Home. Di sana, Abang Sufi memberi penerangan tentang rumah itu dan selepas itu, kami meneruskan program kami iaitu bersama anak-anak yatim.



Selepas itu, kami balik ke rumah dan berehat. Itu sahaja untuk hari pertama.
Bersambung....

~2329 HRS~

No comments: