Pages

Wednesday, 18 June 2008

Day 3@Singapore

Ha... bersambung lagi cerita selepas tak update selama beberapa hari sebab busy and rumah pun baru je ada internet connection. Hehehe..

Hari ke-3 di mana kami kaum muslimin begitu penat disebabkan terpaksa tidur luar selama beberapa jam sebelum jiran kami tolong bukakan pintu pada pukul 5 pagi.

Hari ke-3 ni kami membantu Darul Ma'wa untuk kutip derma sempena "Flag Day". So, kami semua bertungkus-lumus mengutip derma untuk Darul Ma'wa dan apa yang saya dapat perhatikan, kaum bukan Islam yang paling banyak menderma untuk Darul Ma'wa dan saya sedih dengan sesetengah mereka yang seagama dengan saya ini yang tak nak menderma. Ada seorang lelaki yang saya rasa dia beragama Islam tapi di tangan dia penuh dengan tatu tapi dengan baik hati menderma ke tabung Darul Ma'wa. Saya terpegun dengan lelaki ini kerana sangat baik hati kerana menderma untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah, semoga lelaki ini diberi rezeki yang murah oleh Allah s.w.t dan saya doakan dia mendapat hidayah dari Allah s.w.t untuk berubah kepada orang yang lebih baik.

Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menjalankan program ini malah dilakukan di negara orang. Saya sangat berpuas hati dan sungguh gembira kerana dapat membantu insan yang memerlukan bantuan dari orang-orang yang mampu memberi bantuan. Apa-apa pun, ini dia gambar-gambar semasa kami menjalankan program kebajikan kami.


kak lisa berposing sambil pegang tabung derma.. eheheheh


shuhada and kak leen

shah sempat lagi berposing..


bad khusyuk mencari penderma..


posing manja mina.. hehehe.. [nasib bek x buat trademark dia tu.. hihi]


razak sempat lagi mintak derma walau tengah duduk. Bagus! hahaha!


the girls.. shuhada, kak farah, mina and kak leen


bro edry.. [bahaya dia ni klu start bukak mulut..hahah]


me!


khalid.. x pandang kamera lak dia..


carik razak, carik penderma

Tengahari, kami semua di ajak oleh kak lisa ke rumah untuk makan tengahari di rumah dia. So, kami gerak ke sana menggunakan bas panjang [bas ni boleh dikatakan gabungan dua bas]. Lepas tu, kami pun makan dan saya sempat tidur sekejap. Penat sangat. Lepas solat, kami semua gerak balik ke Causeway Point untuk teruskan kerja kebajikan kami.

Program ini habis tepat pukul 5 petang dan kami bergerak balik menggunakan MRT. Lepas tu, kami berjalan kaki ke Darul Ma'wa untuk menghantar semua tabung-tabung derma tu.

Malam tu, kak lisa membawa kami ke Pulau Sentosa untuk menonton "Song Of The Sea". Wow! Gempak! Memang tak terkata sebab persembahan tu sangat baik dan menarik. Lihat sahajalah gambar-gambar yang saya pilih.




Then, lepas tu, kami semua jalan-jalan kawasan sentosa ini dan pastu kami semua balik. Hari ketiga saya rasa agak best!!!

bersambung...

~0137 HRS~

No comments: