Pertukaran Sementara Terminal Bas
Sep. 23, 2008
Nadicorp/KTB
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertukaran sementara bagi tempat perlepasan bas di musim raya ini. Pertukaran ini bermula pada 15 September sehingga 15 Oktober 2008.
Tempat menaiki bas bagi semua perjalanan ke Selatan telah dipindahkan dari Hentian Puduraya ke Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Kaunter sementara Transnasional di Kompleks Sukan Bukit Jalil terletak di nombor 14 dan platform nombor 4. Tempat menaiki bas pula adalah di tempat letak kereta, block F.
Penumpang ke Selatan dinasihatkan supaya berada di Kompleks Sukan Bukit Jalil sejam sebelum waktu perlepasan. Perkhidmatan awam seperti STAR LRT dan RapidKL juga disediakan di Hentian Puduraya bagi mereka yang ingin ke Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Bagi penumpang ke Utara dan Pantai Timur pula, tiada perubahan dilakukan dan tempat perlepasan adalah seperti biasa. Anda walaubagaimanapun dinasihatkan supaya memeriksa tiket perjalanan anda bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di KTB Infoline 1300 888 582.
Pihak Nadicorp dan Konsortium Transnasional Berhad juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Salam Aidilfitri' kepada semua penumpang Transnasional, Plusliner, Nice dan Cityliner.
SeKian, terima kasih.
HA! Tu la dia, nsb bek di updatekan.. klu x.. naya aku.. Huhu.. Kene tukar perjalanan sikit la.. haizz..
Dan2 tadi, check balik la tiket air asia aku tadi.. Aku heran lak asal flight aku pkl 6.50PM. Macam flight ak pukul 8.15pm. Gi la naik atas jap, tgk printed version, a'ah.. pkl 8.15PM. Kira, flight aku di awalkan ni. Yes!! Nasb bek bukan awalkan sehari. Kalau awal sehari, mmg x bleh blah la.. hahah! Tp, lagi cepat, lagi bagus.. X saba nak balik ke kuching! YeaaY!
Economy
Monday, 29 Sep 2008 Flight AK 5706
Depart Johor Bahru (JHB) at 18:50 and arrive in Kuching (KCH) at 20:15
Economy
Saturday, 04 Oct 2008 Flight AK 5703
Depart Kuching (KCH) at 08:45 and arrive in Johor Bahru (JHB) at 10:05
chow~
0110hrs~
No comments:
Post a Comment