Pages

Saturday 25 April 2009

.semalam.

"Assalamualaikum & good day to all,

Mama and Nining from MAKNA has invited all Peers Carnival II committee for a small gathering tonight. All of you are welcome to join. If you want to join the gathering, please gather at guard house (near stad) by 8.00pm.

Regards,
Elly"


Lepas je baca foward msg dr Elly, aku terus "YEAY!". Sebab nye? Hahah, klu da gathering, sure ade orng belanja makan kan? :P Aku tengah sengkek minggu neh so ape aje peluang, aku sambar aja. (truk gak perangai aku kan? hahaha!)

Thanks to Mama from MAKNA sebab belanja kiteorng makan. Makan di mana? Haaaaa, di Taman Warisan. Hehe.. actualy, mama pun ade bawak seorng kakak, kak aizan namanya.. bekas pesakit cancer gak.. sudah kehilangan kaki kanan. Kira special day untuk kami sbb dapat dengar crita dr seorng bekas pesakit cancer... Mendengar crita dia membuatkan aku terasa aku sangat beruntung kerana masih anggota badan aku masih sihat dan still boleh digunakan.. Alhamdulillah..

Kalau korang smua ade dgn kiteorng skali, sure korng dapat merasai kesakitan pesakit kanser neh. Akak ni start kene kanser masa tahun 1997, masa tu dia form 2 (aku masa tu darjah 3.. haha) and dia kene kanser tulang dia bahagian atas lutut. Penderitaan yg dia alami tu mmg amat menyakitkan bg kita yg mendengar nih. Sgt2 giler... kiteorng smua (aku, awan, muklish, tqah, elly and azri) sampai x sanggup nak dgr story dia.

Aku cuma nak crita mana selepas dia da sembuh nieh, yg mane kehidupan akak aizan selpas kaki d potong. Ye la kan, manusia ni, klu tgk orang mcm tgk alien. Aku kesian dgn akak ni sbb orang igt kaki kene potong d sebabkan accident or ape padahal sbb kanser. And yg paling memalukan adalah sikap segelintir orang melayu yang memandang rendah terhadap OKU neh. Akak ni mmg slalu sgt kene terutama masa dia tgh sambung pengajian degree di UIA (waa, x lame lagi, insya Allah akak ni akan sambung PhD kat mane2 university di luar negara), lecturer dan rakan2 sekelas/sekampus x percaya dia boleh drive keta. Mcm2 la tanya, "macm mane awak drive?", "keta modified ke x?" dan sebagainya. Akak ni terpaksa amik lesen keta pun sbb teksi2 driver yg kesedaran sivik nye kurang. X mo amik penumpang OKU. Bangang gak la pemandu2 teksi neh.. Alah, senang crita, public transport kat Malaysia ni, utk kemudahan OKU masih kurang. Mane pegi kerajaan prihatin yg konon2 prihatin tuh? Haish~

Aku pun x paham kenape ade gak orang yg masih x menghormati OKU? Please la, dorng pun ade perasaan. Bukan dorng xde prasaan weh! Dorng mcm kita gak.. nak ade itu, nak ade ini.. nak kaya and mcm2 la. Beza nye, mereka OKU, kita Alhamdulillah diberi nikmat oleh Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna. Bak kata Muklish, nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ni kita salah guna.. time boleh blaja, kita gi spend time kuar tgk wayang, men bowling, gi karok.. tp bila da xde kaki ke tangan ke, baru nak spend time blaja sbb da x leh nak gerak ke mane2.

Kesimpulan nye, harap kita (termasuk aku) amik iktibar dr pengorbanan dan penderitaan pesakit-pesakit kanser. Klu nak dengar sendiri, jom, jadi volunteer MAKNA. Register dgn dorng so anda akan dpt bersama mereka yang istimewa. :)

that's all
1722 HRS
ikhwan =)


p/s masa free tulis blog sbb tgh edit video MPM. Pergh, penat~



5 comments:

Jack-O said...

sob.. sob.. kesian la die!
she never ever wished that to be happened in her life kn?
lets do some mercy for them..
kite xtau naseb kite cmne esok lusa kn?
haih.
mintak jauh la bnda2 cmni..

Unknown said...

yeah... mintak2 jauh kan dri benda2 yg kita mybe x mmpu nak tahan..

jom join VOLUNTEER MAKNA! :P

p/s aku da join :P

Jack-O said...

cmno nk join? mau2 juge!!

ps: u should do some entry bout this voluntarily things maybe? haha

Habibah AR. said...

Pengalaman direct dengan pesakit kanser (dua-dua yang dah berada di terminal stage) buat saya kelu lidah... tak tahu macam mana nak describe perasaan ketika itu. Mengingatkan kita sendiri kepada ujian Allah ke atas hamba-hamba yang dikasihiNya.

Kata ustaz, OKU tu bukannya Orang Kurang Upaya. Tapi Orang Kuat Upaya. :)

Re: MAKNA volunteering. Macam mana nak join tu Ikhwan?

Unknown said...

erm, kene isi borang.. rasanya elok tgk kat website dorang and tgk alamat. Then, gi la ke tmpt dorng..