Pages

Wednesday, 9 December 2009

.peragut yang tiada belas kasihan!.

Pesanan pilu ayah sebelum maut kes ragut
Dis 8, 09 11:22pm
Mangsa ragut yang terbunuh di ibu negara semalam sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar isteri bersama anak tunggalnya selain meninggalkan pesanan yang memilukan.

"Biar ayah ambil gambar Kasih (Zalifah Qistina) dengan ibu (Norehan Abd Rahman) sebab lepas ini Kasih dah tak boleh tengok ayah lagi," kata-kata itu diucapkan Abdul Rahman Mohd Khala'din, 34, sebelum menyerahkan anaknya, yang berusia 18 bulan, kepada kakak iparnya.

Kakak mangsa, Halimah Mohd Kala'din, 39, berkata sejurus selepas mengambil gambar itu, adiknya menyerahkan anak tunggal yang dipanggil Kasih kepada kakak iparnya di sebuah pusat beli-belah di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kakak iparnya begitu terkejut kerana lima minit kemudian Abdul Rahman yang menunggang motosikal bersama isteri untuk ke tempat kerja terkorban menjadi mangsa ragut.

"Kakak ipar arwah yang berada di pusat beli-belah tersebut langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan pesanan terakhir arwah buat Kasih dan Norehan," katanya kepada pemberita selepas jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Slim di Slim River kira-kira 2.40 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Abdul Rahman dan Norehan yang baru keluar dari pusat beli-belah itu dipercayai dihimpit dua peragut sebelum hilang kawalan motosikal sehingga merempuh pagar simen sebuah rumah menyebabkan mereka tercampak ke tepi jalan.

Abdul Rahman maut di tempat kejadian manakala Norehan cedera parah dan rantai lehernya turut dilarikan peragut.

Halimah berkata walaupun bersedih dengan peristiwa berkenaan, namun kaum keluarganya tetap bersyukur kerana ketika kejadian Kasih bersama kakak ipar arwah.

"Saya sendiri tidak boleh bayangkan jika Kasih turut membonceng motosikal itu. Mujurlah Kasih tidak bersama," katanya.

Katanya, kaum keluarga menerima peristiwa itu sebagai satu takdir, namun tetap berharap agar mereka yang terlibat dapat ditangkap.

"Kesan perbuatan peragut sangat dahsyat dan sebolehnya (kami) mahu mereka dihukum... menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya. BERNAMA

source MALAYSIAKINI 


Pagi2 baca berita mcm neh da buat aku rasa sedih. Sedih especially si kecil yang xtau ape2 dah kehilangan seorang lelaki yang dipanggil ayah. Wahai peragut2 sekalian, korang da xde keje lain dah ke? Kalau benda ni kena kat korang sendiri macam mane? Ke korang da mmg xde perasaan langsung?! Aku simpati dengan keluarga Kasih. Kesian si comel yang sudah kehilangan ayah. T__T


0800HRS
ikhwan

1 comment:

mein melon said...

giler kesian... nanges i bce..