Monday, 25 February 2008

Cinta, Tudung Dan....

"Tudung menutup diri. Malu pelindung Hati."

-BERTUDUNG TAPI LIAR

Apa niat kita bertudung? Atau lebih tepat lagi, kenapa kita menutup aurat? Bertudung kerana hendak kelihatan cantik, hendak kelihatan baik, hendak tutup 'kekurangan' wajah dan 'kerana-kerana lain' yang bukan kerana Allah (kewajiban menutup aurat) sesungguhnya akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan-perlakuan negatif. Ertinya, menutup aurat mestilah atas dasar tauhid, kerana iman, kerana Allah. Jika kerana yang lain, maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.


Keadaan yang sama boleh berlaku kepada hukum-hukum Allah yang lain. Solat misalnya, jika dilaksanakan tidak kerana Allah (kerana riyak, ujub dan lain-lain lagi) akan menyebabkan seseorang yang solat bertambah jauh daripada Allah. ni telah ditegaskan oleh ulama-ulama utama. Dan keadaan diniatkan atas perintah Allah. Bukan bertambah dekat, tetapi semakin jauh daripada Allah.


Secara mudah, menutup aurat boleh diibaratkan seperti memakai topi keledar. Topi keledar ada kaitannya dengan keselamatan nyawa, menutup aurat berkait dengan keselamatan agama (maruah dan akhlak). Kedua-duanya adalah soal 'dharuriyat' (perkara yang mesti dalam Islam) keana ia melibatkan nyawa dan agama (maruah). Baiklah, jika analogi itu boleh diterima, cuba renungkan bukankah ada kalanya memakai topi keledar tidak menyelamatkan nyawa si pemakainya?


Misalnya, pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya memakai topi keledar.... tapi seperti yang saya katakan tadi, sekadar bertopi keledar, masih belum menjamin nyawanya terselamat. Sebenarnya, ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk menyelamatkan nyawa. Antaranya ialah memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk. Kalau peraturan ini dilanggar, walau sebesar mana pun topi keledar kita, ia tidak akan menyelamatkan. DIGILIS LORI HANCUR BERKECAI!!!

-MARUAH DAN AKHLAK

Begitu juga halnya dengan bertudung... Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan hanya bertudung sahaja. Ada lain-lain perkara yang lebih penting lagi, Umpamanya, menjaga tingkah laku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata, menjaga pergaulan. Selain itu, masa dan tempat wanita berada juga perlu dititikberatkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri ditempat-tempat sunyi dan mengaibkan. Ingat, 'aurat di hati' juga patut ditutup sama seperti menutup aurat di badan. Maalh, aurat di hati ini jauh lebih penting dijaga daripada aurat di badan. Maksudnya, hati jangan liar-hendaklah dijaga selalu. Aurat di hati ditutup dengan rasa malu. Cuba bayangkan sikap ditunjukkan oleh Siti Aisyah r.ha. Selepas Sayidina Umar r.a. dikebumikan di sisi makam Rasullulah S.A.W, Siti Aisyah sudah tidak membuka tudung di dalam biliknya (sebelah makam Rasulullah S.A.W) sebab Umar bukan mahramnya.


Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku juga akan menjadi liar juga - pergaulan bebas, pandangan mata tak dikawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada d tempat-tempat maksiat, maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak diri. Tegasnya, tudung hanya mampu menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen dalaman, seperti iman, keyakinan dan yang seumpamanya dijaga.

Tapi ingat, menjaga elemen dalaman bukan alasan untuk membuang tudung. Kononnya, yang penting hati... Bukan begitu maksud sebenarnya. Seperti memakai topi keledar juga. Ia tetap penting justeru bagaimana sekalipun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang, kekadang terjadi kemalangan. Bukan disebabkan kecuaian kita tapi kecuaian orang lain. Waktu tu sapa yang bertopi keledar mungkin kuranglah risiko menghadapi cedara parah atau maut.


-DUA YANG BERBEZA

Pakai tudung dan tutup aurat ni dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung, tapi tidak tutup aurat. Tutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan ada perlaksanaan khusus. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak. Tapi jika sekadar memakai tudung sahaja - niat, falsafah dan tujuan lain. Mungkin niatnya hendak 'glamour', cantik, bergaya atau menutup kekurangan pada muka dan rambut.

Firman Allah:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal. Mudah-mudahan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah maha pengampun." (Al-Ahzab : 59)

Salahkan bertudung hendak cantik? Mungkin ada yang berhujah begitu. Bukankah Islam itu indah? Memang, tidak salah.... tetapi bukan itu tujuan utama menutup aurat. Tujuan menutup aurat ialah kerana mengikuti perintah Allah. Dibuat atas dasar iman. Kemudian dibuat dengan menepati kaedah syariat. Mana yang patut ditutup, ditutup. Labuh dan singkatnya semua mengikut 'piawaian' syatiat.

Sudah menjadi pandangan biasa kalau wanita bertudung berdua-duaan. Mereka rasa bebas bercinta, ber'dating' dan bercumbu-cumbuan walaupun sedang bertudung. Tudung bukan penghalang bagi cinta. Itu prinsip yang menjadi pegangan mereka agaknya. Tudung, tudung juga; cinta, cinta juga. Itu pegangan sesetengah rakan remaja kita. Oklah tu, setakat bercinta, mungkin tidak mengapa. Tapi cinta bagaimana?? Apakah hubungang cinta dan tudung??

-SYARIAT YANG KUKUH

Jadi, bagi wanita yang bertudung sekaligus menutup aurat, bolehkah anda bercinta tanpa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat? Maksudnya, bukan sekadar syariat menutup aurat tetapi syariat-syariat lain... Umpamanya menjaga agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas, tidak melakukan perkara yang mendatangkan fitnah dan mengekalkan tingkah laku serta adab seorang muslimah.

Ya, jangan sesekali disinonimkan cinta dengan pergaulan bebas dan pendedahan aurat. Jika benar cinta itu suci, maka peliharalah kesuciannya dengan tidak mencemarinya dengan sesuatu yang kotor mengikut ukuran syariat, adat dan budaya. Anda perlu kaitkan cinta, tudung.... iman. Bukannya cinta, tudung... nafsu!!!

Sekian...
Sumber, TENTANG CINTA tulisan PAHROL MOHD. JUOI

~ikhwan~

2 comments:

buzzy said...

patut laa macam penah bace jer..rupe2 nye dari buku itu yer..hehehe.....bile tepat mase,dan tempat dan bla bla bla...hehehe.

tasha said...

i love this post!