Assalamualaikum...
Alhamdulillah, perjalanan dan segala program Kembara IPT 2008 ke Universiti Teknologi Petronas berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Bagi aku, program ini banyak memberi input pada diri aku. Ya, aku merasakan diri ada perubahan selepas kembali ini. Insya Allah, perubahan ini akan kekal dan jika ada yang lebih baik, aku akan terima dan meng"install"kan benda baru dalam diri ini. Program ini memang best! Dan juga, aku dapat berjumpa dengan saudara aku yang dah lama tak jumpa since majlis persandingan saudara aku yang lagi sorang di Kelantan. Selain itu, aku dapat melihat suasana UTP. Aku kagum dengan keindahan sekeliling di UTP. Satu lagi, masjid di UTP, masya Allah, tersangat indah. Insya Allah, aku akan uploadkan gambar-gambar kami dalam fotopages aku.
Itu je lah setakat ini. Penat sangat. Belum sempat rehat. Kejap lagi perlu bergegas ke studio untuk satu pertandingan.
Sekian...
Wassalam.
~ikhwan~
No comments:
Post a Comment