Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita.. Dah lame x update.. Busy la katakan... nak bersama ayah and mak sblm balik kampus, dah balik kampus, bnyk lak benda kene buat.. huhuh.. k k.. tnpa melengahkan masa nieh, nak critakan peraturan bercinta..
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja - agar cinta tetap suci dan abadi:
1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah S.W.T
-ertinya, cinta kite tu biarla kerana Allah s.w.t dan bukan nye kerana nafsu. Kita bercinta semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Kita mest niat yg kita bercinta ni kerana Allah S.W.T. Kalau tak, takkan menjadi cinta kita itu. Bagaimana? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seseorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.
-antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi (tempat bising mcm shopping complex tak pe lah.. hehe), tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat.. haaaiiiihhh.. Insya Allah, klu follow smua ni, kekal la hubungan cinta kita... Jangan fikir "Cinta apa namanya ni jika tak gi dating, call lame2, SMS, sentuh tangan, kerlingn dan senyuman?" Ya, itu pada pandangan kita yang terbatas. Tapi, bukan dari pandangan Allah yang maha luas. Kita kate cinta tak de "perisa" tu takkan menjadi dan ianya hambar dan tawar. Ye ke? Tapi kalau dah melebihi batas-batas agama, perisa ni sebenarnye boleh menjadi "perosak" kepada kita. Tak percaya, lihatla keadaan sekeliling. Brapa ramai yang bercinta mengikut batas-batas agama? Tak ramai, yang melebihi itu yang banyak. Apa yang terjadi lepas tu? Gaduh la, putus, ada lak yang mengandung, ape lagi? Banyak la.. Fikirlah kenapa kita perlu ikut batas-batas agama apabila bercinta.
3. Cinta suci tanpa racun
-YAKINLAH Allah itu indah dan cinta pada keindahan - Tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah. Allah maha mengetahui dan maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Ingatlah, cinta abadi hanya di syurga, oleh itu, ingatlah kepada Allah s.w.t apabila bercinta.
~ikhwan~
sumber daripada buku "Tentang Cinta" tulisan Pahrol Mohd Juoi.
akn bersambung utk isu atau topik lain.
wassalam...
2 comments:
Dengar orang kata buku tu best. Tapi aku takda la plak. Bagusla ko buat ringkasan dia kat sini. Takyah baca buku dia, baca sini terus hehe.
ouh...hihi..hye mia....
Post a Comment