Pages

Sunday, 11 May 2008

Selamat Hari Ibu

Hari ni merupakan hari yang istimewa buat semua kaum wanita terutama mereka yang bergelar IBU. Ya, hari ni merupakan Hari Ibu untuk semua kaum-kaum ibu. Sebelum itu, ingin saya ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu terutama ibu saya, Puan Nor 'Azizah binti Mohamad namun malangnye, buat pertama kali, saya menyambut hari ibu tanpa berada di sisi dia. Sedih juga kerana biasanya kami adik-beradik akan melakukan macam-macam kejutan buat ibu kami. Namun, pada tahun ni, tak dapat nak sambut memandangkan saya berada di perantauan. Tapi tak pe, zaman serba moden sekarang, kita masih boleh menghubungi ibu kita walau kita berjauhan sekalipun.

Hari ibu... erm... kenapa ada hari ibu? Apa tujuan Hari Ibu di sambut di seluruh dunia? Anda pernah terfikir kenapa ibu mempunyai sambutan khas? Saya tak nak menyentuh kenapa hari ibu diadakan tapi sebagai anak, apa tanggungjawab kita terutama dalam sambutan hari ibu ini. Bagi saya, hari inilah hari yang sepatutnya kita meluangkan masa untuk bersama ibu kita, bantu ibu kita, lakukan apa yang biasanya ibu kita lakukan untuk kita dan sebagainya. Dan, hari ni juga cuti dan inilah masanya kita meluangkan masa. Bukan dengan keluar lepak bersama kawan, keluar jumpa pasangan masing-masing, tonton wayang dan sebagainya. Inilah masalah remaja sekarang dari apa yang saya lihat, mungkin tidak semua namun kumpulan remaja yang hanya tau bersuka ria tanpa menghiraukan kesusahan ibu kita yang berada di rumah.

Sebelum meneruskan cerita tanggungjawab kita sebagai anak, saya ada satu benda yang hendak dikongsi bersama. Semalam, saya keluar bersama adik dan sepupu saya ke City Square, Johor untuk window shopping. Masya Allah, saya amat terkejut dengan apa yang saya lihat di sana. Masalah sosial remaja disana amat teruk (apa yang saya perhatikan), remaja lelaki yang ramai bertindik, lepak-lepak membuang masa bersama kumpulan mereka (ramai jugak kumpulan yang saya lihat) dan sebagainya. Saya dapat rasakan yang masalah sosial di Malaysia memang teruk dan agak sukar untuk dibendung. Saya terfikir, apa kata ibu bapa mereka apabila melihat anak mereka? Kepada remaja-remaja ini, anda tak terfikirkah dosa-dosa anda lakukan terhadap ibu-bapa anda terutama ibu anda yang membesarkan anda? Susah saya ingin menggambarkan perasaan saya terhadap remaja-remaja bermasalah ini. Yang saya perhatikan, hampir semua mereka ini remaja melayu yang beragama Islam! Ya Allah, mana perginya pegangan agama mereka ini? Kepada yang membaca ini, diharap dapat memberi pandangan kepada masalah remaja kita ini.

Saya sambung lagi, hari ibu, biasanya kita akan sambut dengan membeli kek, buat kejutan dan sebagainya. Tapi, itu sahaja kah balasan kita untuk ibu kita? Bagi saya, sebagai seorang anak, kita patut memberi cuti kepada ibu kita pada hari ni dan hari-hari ibu seterusnya. Kita buat segala-galanya apa yang selalu ibu kita buat. Tapi, saya harapkan bukan untuk hari ibu sahaja, apa sahaja masa terluang, bantulah ibu kita. Bantulah sehingga ke tahap mana yang kita mampu terutama pelajar-pelajar sekolah kerana apabila melangkah ke universiti nanti, kita tidak akan berpeluang untuk membantu ibu kita setiap hari kecuali pabila kita bercuti. Jangan hanya tau untuk menghiburkan diri, keluar membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah bersama rakan-rakan kita (kerna biasanya masalah sosial ini kebanyakan mereka yang masih bersekolah kerana mereka masih mencari identiti mereka dan masih keliru apa erti hidup). Tolonglah wahai remaja-remaja sekalian, ingatlah ibu kamu walau di mana kamu berada, jangan lawan katanya, jangan derhaka terhadapnya kerana hidup hanya sekali. Jika ibu kita meninggalkan kita semasa kita sedang terkinja-kinja di luar, takkan sempat anda untuk memohon ampun daripada ibu kamu. Jika ini berlaku, anda tidak akan mencium bau syurga. Ingatlah, dunia semakin moden dan cabaran semakin tinggi, tingkatkanlah iman anda, banyakkan solat, dan lakukan perkara yang dibenarkan oleh Islam.


"Mama, abang rindukan mama... minta maaf jika abang banyak melukakan hati mama sejak abang dilahirkan hingga sekarang. Maaf jika kali ini, abang tak dapat bersama mama seperti selalu. Namun, abang berkorban demi mama, kejayaan yang abang cari untuk dihadiahkan kepada mama yang selama ini mama mengharapkan kejayaan besar kami adik-beradik ketika peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang kami tak tunaikan. Kali ini, abang cuba sehabis baik demi mamaku tersayang...I LOVE YOU! SELAMAT HARI IBU....."


ikhwan~
1903 HRS

2 comments:

ixu said...

tabik spring~!..cayalah rooney

Unknown said...

hahahah..
thanks ixu~