Pages

Thursday 19 June 2008

Day 4@Singapore

Bersambung lagi cerita jalan-jalan di Singapura dengan hari ke-4. Hari ke-4 ini kami berada di Darul Takrim, iaitu sebuah rumah orang tua yang tidak dapat jagaan dari anak-anak mereka, ada juga orang tua di sini tidak mempunyai anak disebabkan tidak berkahwin lagi dan ada juga di antara mereka yang pernah merempat di kawasan kaki lima di bandar dibawa ke sini untuk dijaga oleh mereka yang berpengalaman menjaga orang-orang sebegini. Kami telah diberi taklimat oleh En. Syariff dan En. Amid tentang operasi Darul Takrim ini.



En. Syariff sedang memberi penerangan tentang Darul Takrim dan juga program yang akan dijalankan pada hari itu.



Abang Amid memberi penerangan tentang salah satu tempat yang dipanggil penjara kecil untuk mengasingkan mereka yang "bergaduh"




Selepas selesai sesi penerangan , kami pun terus beramah-mesra bersama penghuni Darul Takrim. Apa yang saya perhatikan, bukan hanya kaum melayu yang beragama Islam berada di sini malah lain-lain kaum dan agama juga dijaga dengan baik oleh pihak Jamiyah. Disini saya begitu kagum dengan usaha pihak Jamiyah kerana tidak mengenepikan kaum dan agama lain dalam usaha membantu mereka dalam kesusahan. Tidak apa yang saya selalu perhatikan, jika ada pihak yang hendak memberi panduan, mesti ada kuota mengikut kaum dan agama. Kenapa perlu adanya sistem ini sedangkan kita semua adalah sama. Tiada yang membezakan kita dengan umat manusia yang lain melainkan kita dengan Allah S.W.T. Selagi nyawa kita masih berjalan dan masih diizinkan oleh-Nya, selagi itu kita harus melakukan perkara kebajikan selain dari usaha kita untuk berjaya di masa hadapan. Cuma saya rasa hairan kenapa masih ada orang -orang tua di sini diletakkan di sini untuk dijaga oleh pihak yang berkaitan? Mana perginya anak-anak mereka atau keluarga terdekat mereka? Kenapa si anak tidak mahu menjaga ibu dan ayah mereka? Memang ada di antara mereka ini sudah tidak mempunyai sesiapapun namun bagi masih yang ada, bagaimana? Sedih juga jika saya di antara anak yang tak mengenang budi dengan menghantar ibu dan bapa saya ke pusat seperti ini. Nasihat saya pada diri saya sendiri dan juga pembaca, selagi ibu bapa kita hidup, jangan sesekali melupakan mereka dan balaslah jasa-jasa mereka. Beruntung kita kerana ibu bapa kita masih hidup kerana ada juga di antara kita yang sudah kehilangan ibu dan ayah mereka tapi masih ingin membalas jasa ibu dan ayah mereka.




Kami sempat bersarapan dengan macam-macam hidangan. Terima kasih kami ucapkan kepada Abang Amid kerana berusaha mencari apa sahaja makanan untuk dijadikan sarapan kami terutama yang muslimin yang kelaparan. :) Selepas solat zohor, saya sepatutnya mengikut lagi satu program iaitu melihat orang tua dimandikan namun disebabkan ada perkara yang perlu disiapkan untuk persiapan "Culture Night", saya terpaksa berada di bilik operasi kami dan siapkan perkara yang perlu disiapkan. Dalam proses menyiapkan montaj itu, kami juga sempat berlatih lagu untuk dipersembahkan di masa "Culture Night". Mereka ini berlatih sebaik sahaja selesai membantu memandikan orang tua.


Sedang menyiapkan montaj. Penat jugak.

Pada malam itu, program berjalan dengan lancar dimana kami menganjurkan pertandingan karaoke dimana saya salah seorang peserta pertandingang. Saya sepatutnya berduet bersama uncle Ho namun disebabkan lagu yang beliau pilh saya tak tahu (lagu oldies), saya pun memilih untuk single tapi membuat keputusan, jika saya menang, hadiah itu saya serahkan pada uncle Ho. Sebelum pertandingang, kami membuat persembahan dengan mempersembahkan lagu "Doa Perpisahan" dari sebuah kumpulan nasyid. Saya bermain gitar pada malam itu.



Heheh.. Saya berkaraoke. Lagu "Jika Kau bercinta lagi" dari Alleycats.


Yeah, saya bersama naim dan yus menari !


Gembiranya kami!


Pergh, Abang Amid begitu gembira... heheheh



Boleh tahan gak Abang Sufian menyanyi...


Ini dia juara pertandingan karaoke yang lepas!


Kami ketika menyanyikan lagu "Permata Dunia"


The happy of us!!! Rindu saat-saat ini..... :(

Bersama kak lisa. (Kak lisa! Akak sungguh baik kepada kami semua. Terima kasih akak!!)

Bagaikan hari terakhir kami dalam program kami walaupun masih ada satu hari lagi untuk bersama dengan mereka. Ya, memang juga hari terakhir kami bersama mereka dari Darul Takrim, Darul Islah dan Darul Ma'wa (penghuni Darul Islah dan Ma'wa juga datang ke program ini). Saya menangis apabila memeluk seorang pakcik yang merupakan bekas penagih dadah kerana dia meminta saya mendoakan supaya dia bahagia kehidupan dan dia juga berpesan supaya saya belajar elok-elok dan menjadi orang yang berguna. Betul-betul menyentuh hati dan perasaan saya kerana pakcik sebenarnya telah menambah semangat saya lagi untuk berjaya. Kepada pakcik, saya doakan moga Allah S.W.T memberi rezeki yang murah dan kehidupan yang bahagia selepas pakcik bergelumang dengan kegelapan kehidupan. Saya harap sangat-sangat, janganlah pakcik bergelumang kembali dengan benda haram itu. Kuatkan iman pakcik okeh! (Saya rindu mereka sekarang :( ...............) Janji saya kepada pakcik dan juga kepada keluarga yang saya sayangi, saya akan menjadi orang yang berjaya dan berguna. Doakanlah kejayaan saya dan mereka yang ingin berjaya......

bersambung~

~1033 HRS~

5 comments:

alFaisal said...

Bodek encik Hamid tak ingat. Sampai panggil abang, abang kat Darul Islah plak ko panggil Pak Cik hahahahaha

Unknown said...

abang mana aku panggil pakcik kat darul islah?

alahai.. saje je panggil abg.. dia peramah.. rindu lak dgn dia..
heheh..

ixu said...

cehhh bajet korg due boleh msk line kakak fisio la bodek en.hamid.huhu

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

hahaha..akak fisio raseye aku leh dapat kot..wahahaha

Unknown said...

ceh... semua nak berebut akak fisio tuh.. hahah...

x pe.. ak jd pengadil sapa yg akn dpt akak fisio tu.. hahaahha