Monday, 21 July 2008

bahasa?

Salam, apaka tetiba saya menerbitkan tajuk ni? Sebenarnya, dalam saya yang sentiasa busy dengan assignment dan komitmen2 lain, saya sempat berfikir tentang bahasa kebangsaan dan kebanggaan negara kita, Bahasa Malaysia (atau sebenarnya, Bahasa Melayu).

Bermain dalam benak fikiran saya, kenapa kita apabila ingin belajar di luar negara seperti ingin sambung belajar di Jepun, China, Sepanyol dan sebagainya, kita akan "diarah" untuk menyertai kursus persediaan atau kursus bahasa supaya mudah kita untuk berinteraksi bersama penduduk di sana. Namun, berlainan dengan negara kita. Pelajar-pelajar luar negara tidak perlu untuk belajar bahasa kita secara formal (tak tahu la) memandangkan negara kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam pengajian di universiti. Kenapakah begitu? Kenapa pelajar kita apabila ingin belajar di negara Jepun contohnya harus untuk membuat persediaan dari segi komunikasi dengan mempelajari bahasa Jepun kerana Jepun tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi utama (jika saya salah, sila betulkan).

Persoalan ini terbit apabila saya menghantar sms kepada ahli-ahli kelab untuk memberitahu ada perjumpaan pada hari sekian. Ketika itu, saya menghantar menggunakan bahasa Malaysia kerana melalui senarai nama yang saya perolehi, saya pasti semua itu adalah rakyat Malaysia tetapi sangkaan saya meleset apabila saya mendapat reply supaya menghantar kembali dalam bahasa Inggeris dan selepas menghantar kembali dalam bahasa inggeris, saya mendapat reply kembali yang berbunyi begini:

"Ok that's good, just know that u have international student who r really eager to join ur activities. It is just need u to communicate with us. i hope u'll pass this to ur president. thank u"

Ok, memang silap saya namun membaca kembali sms ini membuatkan saya rasa muak dengan sikap pelajar antarabangsa ini. Kenapa mereka tidak mahu belajar bahasa kita? Ini untuk kemudahan mereka sendiri supaya mereka senang untuk berkomunikasi bersama orang yang mungkin tidak tahu berbahasa inggeris. Saya ada bertanya pada beberapa rakan international saya, setakat mana bahasa malaysia yang mereka belajar, mereka kata tak tahu atau ada di antara mereka yang kata hanya sedikit sahaja walhal mereka ini sudah berada di Malaysia selama 2-3 tahun!

Silap siapakah ini? Kerajaan memerintah kah? Saya pun tidak tahu tapi saya berharap sangat supaya bahasa kita dihormati dan disayangi selain kita juga perlu meningkatkan tahap penggunaan bahasa Inggeris kita. Itu sahaja..

Wallahualam..
~1206HRS~

8 comments:

Silencers said...

Bahasa ni sebenarnya isu degil. Kalau nak bahasa sendiri kekal, kita kena degil dengan cara memaksa orang asing belajar bahasa kita.

Tapi itu bercanggah dengan sifat and nilai orang Melayu yang suka mengalah, dan suka menyenangkan hati tetamu. Pokoknya, kita terpaksa korbankan satu prinsip untuk menegakkan yang lain. Soalannya, prinsip mana yang menguntungkan kita? Berdegil tentang bahasa, susahkan tetamu, atau mengalah dan raih keuntungan daripada tetamu kita?

Kalau kau jadi menteri pendidikan, yang mana kau pilih?

.me. said...

Bagi aku, lebih baik kita berdegil dgn prinsip mengekalkan bahasa kita tetapi kita juga meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Macam mana Jepun degil yang tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama negara diorng tapi tetap maju, kenapa tidak pada kita? Dua benda yang kerajaan boleh lakukan dengan mengekalkan BM sbagai medium utama dan bahasa inggeris wajib dikuasai.. :D

aNfaLafNa said...

salam..

tertarik plak saye ngan entry 'bahasa' nie..just nk ckp saye setuju dgn ape yg dibangkitkan oleh ikhwan..nape kiter x bangga dgn bahasa kiter?:D

.me. said...

thanks anfal..
ye, kita perlu bangga dengan bahasa kita sendiri.. kenapa negara lain boleh bangga dengan bahasa mereka tetapi tidak pada kita.. :)

lilhakym said...

salam,,.

yang paling ketara rakyat malaysia sendiri jika berkomunikasi sering menggunakan perkataan english. kita lebih cenderung mencampur adukkan bahasa kita dengan BI. dlm istilah mix n match bahasa nampak lebih mudah digunakan. jadi perlukah kita salahkan orang international atau salahkan diri kita sendiri,,.

Persoalan ttg kursus bahasa, mereka diwajibkan mengambil BM bukan? tetapi mereka sptutnya perlu mengikuti peringkat2 untuk menjadikan mereka fasih dlm BM. MMU hanya menyediakan peringkat 1 utk mereka mendalami BM. seperti di IIUM terdapat BA, BI dalam 4 atau 5 level utk menguasai Bahasa.

tapi isu bahasa dlm malaysia ni adalah pelbagai dan berbagai.
Dalam kata lain, perkataan2 BM sendiri adalah dari pelbagai spesis dan etnik seperti dr portugal, arab, jawa, dan lain2..oleh itu BM adalah bahasa kacukan,.contohnya garpu dari portugal, arnab dari arab, dsb^_^V

Usaha murni ikhwan seperti ingin mecommercialkan BM sudah ramai yang sependapat dgn anda.Oleh itu, marilah sama2 jdi wakil rakyat menyuarakan hak dalam bahasa pula seperti isu petrol..Takbir!

.me. said...

pendapat yg bernas drpada kak kym. Ya, segelintir rakyat kita suka mencampuradukkan bahasa malaysia dgn inggeris. Sy mgkn salah seorng nye. Kenape? ini kerana gaya hidup kita yg kita alami melalui kerajaan sekarang. Mksdnye, segala apa yg terjadi kerana kerajaan kita yg memulakan. "Kepimpinan melalui tauladan" Rakyat kita mengikut apa menteri lakukan.

Ada pendapat yang lain? sila2.. :D

admin said...
This comment has been removed by the author.
wahab said...

tadik mase perasmian HEP-IPTS,walaopun Menteri Pengajian Tinggi datang menyempurnakan perasmian,majlis dalam bahasa melayu adela selit-selit sekit Inggeris.tp mase die nak kuar gi makan kt luar tu,die terserempak dengan Mehdi,so die pn tnye laa..
Menteri : "where are you from?"
Mehdi : "Iran"
menteri : "what do you study in MMU?"

pastu aku dah blah,malas nak tengok lelame.dari situ sume bole nampak,camne Menteri tunjuk teladan kat kita ni.kalau dekat Jepun,sure menteri tu ckp Jepun pnye.mao terkulat-kulat si mehdi tu.Mase JACTIM career fair pn,wakil dr Jepun tu rasmi dalam bahasa Jepun.mengekalkan martabat bahasa derang kat Malaysia.

Malaysia? mengekalkan mertabat ...(isi sendiri) dekat negara sendiri.harhar.