Wednesday, 28 January 2009

.hal politik kampung.

tadi aku berkesempatan jumpa ketua kampung berdekatan tmpat aku tinggal (oh ak tnggal dlam kwsn sekolah.. hehe) utk uruskan hal-hal berkaitan dengan program desa IT@Sarawak yang akan berlangsung insya Allah bulan 3 masa cuti midterm nnti. Orait, dah bincang-bincang semua, terkeluar la crita masalah politik kampung yang mmg x pernah ade penyelesaian neh. Haish, tajuk utama dia adalah penyelewengan duit yang berleluasa dikalangn mereka yg ske sgt dgn kekayaan tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Ketua kampung tadi, Haji J, dia memang meluahkan rasa tak puas hati pada seorang ahli parlimen, YB Dato' W yang janji bagi projek, duit janji banyak itu dan ini tapi tgk2, projek tak pernah siap dengan 100%. Yelah, janji RM20 ribu, pastu bagi konco-konco sendiri buat projek tuh. Memang semestinya duit masuk poket RM10 ribu, baki RM10 ribu untuk projek. Macam-macamlah tadi, surau kampung ade masalah, projek RM250 ribu untuk buat padang sukan baru yang x siap2 pun, ala kadar je siap.. mmg klu tgk pun x mcm RM250 ribu, RM25 ribu je rupenye.. Apa kes?

Main problem dia penyelewengan duit la... Bak kate Haji J neh, mane x nye parti kalah klu orng2 mcm ni buat hal dan memalukan pemimpin negara. Aku setuju sangat kata Haji J neh. Ye la, bila time ngundi, tgk la, semua yang dipinta, pasti ditunaikan trus. Arini mntak, esok da siap dah. Mcm2 lagi yg Haji J ni mntak yg sampai skang x buat2 lagi mcm turap semula jalan, mintak parit tu dalamkan lagi dan sebagainya. Haish.. kesian orng tua neh. Umur da 67 tahun, masih lagi nak berkhidmat demi kesenangan orang kampung (walaupun sanggup kene marah orng kampung kalau projek x siap 100% walhal orang len patut disalahkan).

Itulah kuasa wang, segalanya mampu membuatkan seseorng lupa diri. Haish... Ak doakan diri ak sendiri, kawan2 ak dan semua kuarga2 ak x jadi mcm neh walaupun sekaya-kaya nnti. Insya Allah. *smile*


1726HRS
ikhwan =)

No comments: