Pages

Monday, 9 June 2008

DAY 2 @Singapore



Hari kedua, saya bangun dan tolong mengejutkan sema penghuni rumah ni [susah jugak kejut abang - abang senior ni]. Semua dah bersiap dengan pakaian sukan memandangkan kami akan berlawan futsal dengan team Darul Islah. Sebaik sahaja bas sampai, kami terus ke Darul Takrim untuk mengambil muslimat dan kami semua terus ke Darul Islah.


Darul Islah adalah tempat bekas-bekas penagih dadah (seperti pusat serenti macam Pengasih). Semua penghuni ini adalah mereka yang keluar dari penjara dan menjalani proses pemulihan. Ada dua jenis program pemulihan iaitu 6 bulan dan 1 tahun. Di sini, mereka bebas menjalani kehidupan mereka dan semua perkara, mereka sendiri uruskan seperti memasak. Mereka juga yang menguruskan program kami seperti tempat mandi kami memandangkan kami bermandi peluh selepas bermain futsal bersama mereka. Pusat yang di bawah seliaan Jamiyah Muslim Missionary Society Singapore ini teramat berbeza berbanding di pusat serenti negara kita kerana mereka tidak di kawal ketat oleh pegawai-pegawai dan ada pagar berkawat duri. Pintu pagar pula sentiasa terbuka dan mereka bila-bila masa sahaja boleh melarikan diri. Selain itu, ada juga penghuni Darul Islah bekerja dan cuma menjadikan pusat ini sebagai tempat tinggal mereka.

Darul Islah juga akan melantik pegawai untuk pusat ini di kalangan ahli pusat ini. Ada dua orang telah menjadi pegawai dimana mereka merupakan bekas penagih yang pernah menagih dadah 15-20 tahun. Dan, sekarang ini ada seorang sedang dalam proses praktikal untuk jadi pegawai. Saya respek cara pemilihan ini kerana untuk menyedarkan penagih-penagih lain, perlu ada orang yang merasai keperitan sebagai seorang penagih dan bekas-bekas penagih sahaja yang sesuai. Mereka juga mengadakan proses yang dipanggil "Family Haircut" di mana jika ada isu-isu berbangkit, mereka akan memanggil orang yang membuat satu kesalahan dan dihadapkan pada semua penghuni-penghuni rumah. Di sini, penghuni akan meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada mereka yang melakukan kesalahan. Mereka dibenarkan meluahkan apa yang mereka rasa hendak luahkan tak kira apa cara pun seperti menjerit, atau bercakap biasa dan sebagainya.

Itu sedikit sebanyak pasal Darul Islah yang saya ingat. Sambung cerita, sebaik sahaja mendengar briefing pasal Darul Islah dari Encik Shariff, kami kaum muslimin terus bermain futsal. Kami kalah 3-1 kepada team Darul Islah. Tapi, rasa puas sebab dapat bermain bersama orang-orang yang kita anggap sampah masyarakat ini.


(atas sebab keselamatan, muka penghuni Darul Islah di coverkan)

Bercakap pasal sampah masyarakat, kenapa kita perlu menanggap mereka sebagai sampah masyarakat sedangkan mereka juga insan seperti kita juga. Jujur saya katakan, ini pertama kali dalam hidup saya bersama bekas penagih dadah. Sepanjang hidup saya, tak pernah saya dibawa ke tempat-tempat macam ini walaupun dari dulu lagi saya teringin sangat berada di sini untuk mendalami perasaan mereka. Apabila bersama mereka, mereka berkongsi cerita tentang kenapa mereka menagih dan perasaan mereka untuk pulih dari menagih dadah. Semua mereka di sini tidak mahu menagih namun tekanan hidup memaksa mereka menagih. Mereka juga memberitahu kami yang mereka ingin berubah namun tanpa sokongan orang lain terutama keluarga mereka, agak sukar bagi mereka untuk berubah. Saya sangat sedih memikirkan kenapa perlunya keluarga mengabaikan atau meminggirkan mereka ini. Mereka perlukan sokongan dari kita. Sebab itu saya agak kesal jika ada yang menggelarkan mereka sebagai "Sampah Masyarakat". Saya sangat tidak setuju dengan gelaran ini sebab gelaran ini tidak akan membantu mereka untuk pulih malah akan menyebabkan mereka kembali terjebak dalam dadah. Banyak benda saya pelajari dalam sesi ini untuk mengenali lebih dekat penagih-penagih.

Sebaik sahaja selesai program ini, kami terus bergerak ke hentian bas untuk ke Pulau Sentosa namun disebabkan lambat, kami menukar plan dan berjalan-jalan ke City Hall.







Kami kaum muslimin (thanks to shuhada tegur tadi.. rasa mcm da tulis muslimin..ahaha) berjalan kaki balik selepas turun di stesen Eunos (MRT). Kira-kira 45 minit berjalan dengan otak berfikir nak mandi, nak rehat dan sebagainya, namun malang tak berbau, pintu rumah terkunci menyebabkan kami tidur diluar rumah menunggu sehingga jiran kami yang merupakan pemilik rumah bangun dan membuka pintu itu. Namun, best juga tidur di luar rumah! Hahahahaha!!!!


Bersambung...

~1432 HRS~

1 comment:

fAizAL(^^,)izWaN said...

perghh~
cuti2 ni prektis men bola ke??
hahaha tgk gaya cm dh makin hebat!! ;p
tahniah2~ehehe