Pages

Friday, 1 August 2008

Ke pulau pinang....

Salam,

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, umur aku dipanjangkan lagi. Dalam usaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik, pelbagai halangan aku tempuhi kerana ada perkara yang agak sukar untuk aku ubahkan namun, usaha tangga kejayaan, mengharapkan perubahan yang ingin dilakukan ini berjaya disamping sokongan anda semua.

Baiklah, malam ni, insya Allah, jam 11:30PM, aku akan berangkat pergi ke Pulau Pinang dengan bas maraliner, meninggalkan D-69-A, Cyberjaya, akakku yang sedang tension pasal kerja dia tuh! (sori, need to go.. huhu, take care okeh kak!), meninggalkan seketika kerja-kerja aku seperti pestakonvo, assignment dan sebagainya, meninggalkan sementara rakan-rakan ku dan dia.... Malam ini, malam yang aku tunggu-tunggu kerana telah lama aku tak melawat saudara aku di pulau pinang, (walaupun ada jumpa beberapa bulan yang lepas namun kali ini bermalam di rumah mereka! YEAY!)

Doakan semoga perjalanan ke sana selamat..

to akak yang disayangi,
jangan tension2. Kalau ada apa-apa, call saye, i'll try to answer it even sibuk. Insya Allah. Semoga kerja-kerja akak setel dengan bantuan anak-anak buah yang lain. (yang lain tu tolong keyh! Jangan curi tulang!)

to my family at sarawak,
doakan perjalanan anakmu ini selamat kerana kali ini, anakmu ke sana sendirian. Kalau dahulu, bersama, namun kali ini, amat berbeza kerana tiada seorang pun akan menemani anakmu dalam perjalanan ke sana... Maaf dipinta jika kesalahan telah dilakukan.. berkati perjalanan anakmu ini...

to my uncle and family at johor,
sori bapa.. x dapt lagi nak teman balik johor. Selalunye iwan yang message tanya balik ke tak namun untuk sem ini, bapa plak yang asyik tanye (kesian juga aku sebab uncle aku ni sakit). Insya Allah, tgk pada masa, iwan mgkn akan cuba temankan bapa balik ke johor. Dah rindu si anak kecil yang cute dua orang tu!

to rakan2,
weh korang! sapa2 yang kat rmh tu, jaga rumah keyh.. hehehe.. yang ke PD tu, semoga selamat sampai ke sana dan kembali ke rmh.. Sunyi lak rmh ni skang sbb tinggal maher, king dgn mawi je skang. Kejap lagi maher lak balik. Tak tau lak mawi balik ke tak sebab king lak kate x nak balik. Ape2 pun, jumpa ahad nnti. Sorry kalau aku sangat2 busy, jarang berada d rmh. Mgkn korng ade la kutuk2 aku sbb jarang ade kat rmh. Sori banyk2.. banyak benda yang aku kene setel dan attend....

pada bro izuan, insya Allah, aku akan try siapkan ape ko nak. Sori banyk2 sbb asyik delaykan work.. Sori2. Aku tau ko agak bengang kat aku, so aku minta maaf banyak2...

pada sesiapa, saya doakan anda smua selamat balik dan doakan saya juga.. hehe..

SELAMAT BERCUTI!!!

1211HRS

No comments: